Kelebihan Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang terakhir yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran di turunkan untuk mengajar dan mengajak manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Di dalam al-quran di paparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dalam semua bidang kehidupan.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud ” Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya, dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku adalah Al-Quran yang mulia”.

Sukanya di sini untuk saya berkongsi kelebihan membaca kitab suci ini semoga sama-sama menjadi pedoman khusunya untuk diri saya yang dhoif ini.

Kelebihan Membaca Al-Quran

1.) Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah akan diberi kelebihan yang tinggi semasa hidup di dunia dan juga apabila di akhirat kelak. Di samping itu, Allah s.w.t mengurniakan kelebihan melimpah ruah kepada kedua ibu bapanya.Hadith dari Rasulullah yang berbunyi “ Sesiapa yang membaca al-quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi sinaran cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini”. Dan bayangkanlah pula kelebihan yang dikurniakan kepada si pembaca. Pastinya lebih besar lagi.

2.) Al-Quran juga dapat memberi syafaat ( pertolongan ) yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t. di hari kiamat. Ini berpandukan kepada salah satu hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud : ” Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan nabi dan bukan malaikat dan sebagainya “.

Dan dari hadith yang lain daripada Othman bin Affan dari Rasulluah s.a.w yg berbunyi : ” Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain “.

Kerugian Orang Yang Tidak Membaca Al-Quran

Dalam hadith Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut perihal kerugian orang yang tidak lansung membaca Al-Quran semasa hayatnya di dunia dan rongga mulutnya kosong dari ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang kosong dari penghuni.

Dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud ” Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya  sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang di tinggalkan kosong“.

Daripada info yang secubit ini, moga-moga dapat sama-sama kita mengambil pengajaran dan pedoman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Sama-sama kita doakan semoga menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: