LiverPool VS Man United

Assalamu’laikum.

Hari ini hari ahad. Merupakan titik tolak pasukan sokongan aku Liverpool Vs Manchester United. 1Musuh tradisi yang berabad lamanya. Dengan berpegang kepada slogan ” you’ll never walk alone” aku mengharapkan liverpool dapat beraksi di tahap prestasi yang sebenar. Setelah berhempas pulas dan prestasi yang membimbangkan, kecederaan pemain utama, owner yang kedekut tahap kambing, menyebabkan Liverpool terus lesu.

2 Kekalahan ke empat berturut-turut, sudah cukup untuk memecahkan rekod buruk yang memalukan sepanjang 20 tahun. Aku sebagai peminat Liverpool menggesa pemain-pemain dapat menumpukan perhatian penuh kepada perlawanan hari ini, jangan menyibukkan diri dengan blog-blog atau politik. Hanya perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan prestasi dan seterusnya mencatat kemenangan bergaya di kandang sendiri.

3 Kedua-dua musuh tradisi ini mempunya misi yang penting pada perlawanan petang ini.  Manchester Uniter semestinya ingin menggunakan peluang ini untuk mereka membalas dendam atas 2 kekalahan musim lepas. Dan bagi liverpool pula, sudah pasti ingin mencatat kemenangan bagi membuka peluang untuk merebut trophi EPL dan sekali gus ingin menutup mulut pengkritik.

Bagi mereka yang bukan supporter ataupun sekadar peminat bola, pastinya mengharap permainan yang berkualiti, profersional, disiplin berpasukan dan semangat setiakawan.

Kepada sesiapa yang ingin menonton pelawanan ini, tetapi tidak ada astro ( di mesia) , atau parabola(di mesir), atau anda malas ke kedai tea a.k.a syai, anda boleh tengok secara live melalui internet, dengan menggunakan beberapa software ini, sopcast, TvU, PPstream, dan yang seumpamanya. Link-link boleh di dapati di http://www.myp2p.eu.

Wassalam.

p/s:  pasukan Terengganu telah berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Malaysia. hehe..pasukan ni aku minat gak ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: