Liverpool Vs Lyon

Anda tahu, Apakah sebab kekalahan jepun pada perang dunia kedua? Antara  sebab yang mempercepatkan kekalahan Jepun adalah penggunaan taktik Divine Wind atau dalam bahasa Jepunnya Kamikaze.

Taktik yang diharap akan mengalahkan US itu sebenarnya mempercepatkan kekalahan Jepun. Ini kerana pihak US jadi takut hendak menyerang pulau besar Jepun kerana menjangkakan serangan Kamikaze yang lebih dahsyat. Jadi, kerana takut mereka terus gunakan bom atom. Lepas guna bom atom, terus Jepun kalah.

Jadi apa kaitannya dengan posting hari ini? Tak ada kaitan. Itu cuma nak kasi panjang entri ni saja.

Tentang perlawanan Liverpool vs Lyon, tidak banyak yang mampu saya komen. Kekalahan yang keenam dari tujuh perlawanan, membuktikan liverpool mempunyai krisis yang sangat teruk. Selepas Xabi Alonso berhijrah ke Real Madrid, kawasan tengah liverpool terlalu lemah. Walaupun Alberto Aquilani dibeli untuk menggantikan kekosongan Alonso, tetapi pemain itu masih lagi bergelut dengan kecederaan.

prop091103-19-liverpool_training

Menurut boss liverpool, Rafael Benitez, perlawanan itu adalah penentuan masa depannya di Anfield. Andai kekalahan yang mampu  mereka perolehi, mungkin Rafa terpaksa meninggalkan EPL lebih awal. Saya sebagai peminat liverpool, masih lagi menaruh harapan dan kepercayaan kepada Benitez.

Perlawanan malam ini adalah sangat penting buat liverpool.Dengan status juara Eropah lima kali, Liverpool bakal berdepan penyingkiran awal dari Liga Juara-Juara andai gagal mengatasi masalah kecederaan untuk menundukkan Lyon di Perancis, malam ini. Liverpool tidak boleh kalah lagi dalam baki tiga saingan Kumpulan E. Mengusutkan lagi keadaan, skuad Reds itu akan berkunjung ke Lyon pada ketika dua tonggak penting, Steven Gerrard dan Fernando Torres bergelut dengan masalah kecergasan.

prop091103-10-liverpool_training

Bagi saya, dan juga peminat liverpool yang lain, diharapkan perlawanan malam ini dapat menunjukkan permainan yang menarik, semangat setiakawan dan berpasukan yang kuat. Dengan slogan “you’ll never walk alone” semoga mampu menaikkan semangat, dan seterusnya membuahkan kemenangan buat peminat dan juga pasukan.

Selamat menonton.

prop091103-20-liverpool_training

Diharapkan Alberto Aquilani dapat diturunkan pada perlawanan tersebut.

2 responses to this post.

  1. Posted by AloNg CaPR on November 7, 2009 at 5:41 am

    Assalamualaikum. Alahai kawe tak sempat kelih perlawanan ni. Tidur. Tunggu-tunggu akhir tertidur. Sape menang?

    Reply

  2. perlawanan tu nk kate best xbest jugak..biasa je..dua2 pihak bermain cara slamat.slow n steady..lagipon ana tgk ikut internet.. guna sopcast..masa tu line berat..tekan raso..siaran perlawanan tersekat2..
    pastu babel sumat gol…peh..ingt dah menang..akhirnye seri jugak..tekan terus..tutup PC terus tido..wa.wa.wa
    result 1-1

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: