Cinta Itu Buta~

Seekor monyet di Desa Pasirian di sini ‘jatuh cinta’ pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

“Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah,” kata Ali.

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.

Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat ‘percintaan’ antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

Semasa monyet dan haiwan itu ‘berkasih-kasihan,’ penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: