Archive for February, 2010

Tips-Tips Melajukan Windows Xp

Assalamu’laikum wbt.

Windows Xp masih lagi menjadi pilihan bagi kebanyakan pengguna PC sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Di sini saya ingin berkongsi tips-tips yang boleh di amalkan untuk memastikan windows xp anda sentiasa berjalan lancar dan tidak lembab :

Defragment Hard Disk Anda

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak “Hide All Microsoft Services” (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak “Hide All Microsoft Services” (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Sampai sini dulu, selamat mencuba.

Backtrack~

Assalamu’laikum

Exam sudah seminggu berlalu. So sekkrang tengah seronok bercuti, dan dua tiga hari saya betul-betul tertarik dengan satu software ni, BACKTRACK. Sekarang dalam proses belajar. So sape-sape yang penah guna dan ada pengalaman backtrack ni, boleh la kongsi. hehe

Emm.. Kenapa saya betul-betul tertarik dengan backtrack ni. Salah satunya dia adalah untuk mengcrack WEP wireless.. Ni yang seronok ni, so saya nak kongsi serba sedikit tentang backtrack nih, kalu ade yang berminat boleh la cuba ^^.

Backtrack Salah satu distro linux yang merupakan turunan dari slackware yang mana merupakan merger dari whax dan auditor security collection. Backtrack dua dikeluar pada  6 mac 2007 yang memasukkan lebih dari 300 tool security sedangkan versi beta 3 dari backtrack dikeluar pada tanggal 14 desember 2007 yang pada keluaran ketiga ini lebih difokuskan untuk support hardware. Sedangkan versi backtrack 3 dikeluar pada 19 jun 2008 pada backtrack versi 3 ini memasukkan saint dan maltego sedangkan nessus tidak dimasukkan serta tetap memakai kernel versi 2.6.21.5. pada BackTrack 4 Final sekarang ini menawarkan kernel linux terbaru iaitu kernel 2.6.30.4 .Dilengkapi juga dengan patch untuk wireless driver untuk menanggulangi serangan wireless injection (wireless injection attacks) Daftar isi

Sejarah backtrack

Backtrack dibuat oleh Mati Aharoni yang merupakan konsultan security dari Israel dan max mosser jadi merupakan kolaborasi komunitas, backtrack sendiri merupakan merger dari whax yang mana whax ini adalah salah satu distro linux yang digunakan untuk test keamanan yang asal dari whax sendiri dari knoppix. Ketika knoppix mencapai versi 3.0 maka dinamakan dengan whax. Dengan whax kita bisa melakukan test securtity dari berbagai jaringan dimana saja . Max mosser merupakan auditor security collection yang menghususkan dirinya untuk melakukan penetrasi keamanan di linux, gabungan dari auditor dan whax ini sendiri menghasilakan 300 tool yang digunakan untuk testing security jaringan. Auditor security collection juga terdapat pada knoppix.

Fitur Backtrack

Fitur dari backtrack : Diantara beberapa tool yang terdapat dalam backtrack : • Metasploit integration • RFMON wireless drivers • Kismet • AutoScan-Network – AutoScan-Network is a network discovering and managing application • Nmap • Ettercap • Wireshark (formerly known as Ethereal)

• Enumeration • Exploit Archives • Scanners • Password Attacks • Fuzzers • Spoofing • Sniffers • Tunneling • Wireless Tools • Bluetooth • Cisco Tools • Database Tools • Forensic Tools • BackTrack Services • Reversing • Misc Tapi disamping tool jaringan backtrack memasukkan mozilla, pidgin, k3b, xmms dll.
Release Backtrack Release dari backtrack : 26 – 5 – 2006 release backtrack pertama kali yang merupakan versi non beta 1.0 13 – 10 – 2006 backtrack versi 2 beta pertama untuk publik di release 19 – 11 – 2006 backtrack versi 2 beta kedua untuk publik di release 06 – 03 – 2007 backtrack versi 2 final direlease 17 – 12 – 2007 backtrack versi 3 beta pertama direlease 19 – 03 – 2008 backtrack versi 3 final direlease 11 – 01 – 2010 backtrack versi 4 final direlease