Tips-Tips Melajukan Windows Xp

Assalamu’laikum wbt.

Windows Xp masih lagi menjadi pilihan bagi kebanyakan pengguna PC sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Di sini saya ingin berkongsi tips-tips yang boleh di amalkan untuk memastikan windows xp anda sentiasa berjalan lancar dan tidak lembab :

Defragment Hard Disk Anda

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang – kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail – fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak “Hide All Microsoft Services” (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda

Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah – sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail – fail ini, gunakan CCleaner.

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup

Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana – mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa – apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu

Servis adalah proses – proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis – servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak “Hide All Microsoft Services” (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana – mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis – servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis – servis yang terdapat dalam Windows XP.

Sampai sini dulu, selamat mencuba.

One response to this post.

  1. Posted by AloNg CaPR on February 21, 2010 at 3:59 pm

    Salam. Lama demo tak update blog demo. Alhamdulillah tip=tip ni saya dah mahir. Kalau dapat berikan tip-tip untuk Windows7 bagus jugak tu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: