Pebebasan Sinai

Assalamu’laikum.

Semalam,25 April 2010 (Mesir),adalah cuti, yay🙂 . Cuti ini bukan sebarang cuti, 25 April merupakan satu tarikh keramat bagi rakyat mesir dan seluruh umat  islam amnya untuk memperingati Pembebasan Sinai Daripada Israel Laknatullah. Genap 28 tahun bermula 25 April 1982.Israel mengundurkan tentera dari bumi sinai. Tapi peristiwa yang penting ini, bukanlah untuk dirai, ini kerana :

Adakah kerana Israel mengaku kalah?
Tidak,kemenangan Mesir yang bukan untuk dirai.Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Anwar Sadat pada 26 Mac 1979.Dan perjanjian (Hutang darah palestin) kononnya antara Arab-Israel sebetulnya tidak diiktiraf oleh Bangsa-bangsa Arab.Anwar Sadat yang melihat perjanjian ini bagi menjaga kepentingan sendiri sebenarnya telah berhutang beribu-ribu darah rakyat Palestin sehingga kini.Kemenangan yang dianggap satu kemegahan.
Dan akhirnya hutang yang kononnya megah bagi Anwar Sadat ini telah dibayar dengan berdas-das tembakan oleh askar Mesir semasa perarakan yang merasakan kemenangan ini mengkhianati dunia islam dengan israel laknatullah.Dan hasilnya pengunduran tentera israel dari bumi sinai pada 25 april 1982.

Fakta Perjanjian Kem David 26 Mac 1979

1- Masyarakat islam menyifatkan dengan menandatangani perjanjian ini,ianya sebenarnya menyokong tindakan susulan israel melebarkan rampasan tanah rakyat Palestin dan seterusnya mengetepikan hak rakyat Palesti yang telah dijajah sejak 1948.

2- Dengan menandatangani perjanjian ini,ianya sebenarnya menghancurkan segala usaha dunia Arab dalam perang 6 hari keatas tentera israel pada 10 jun 1967.Yang pada ketika itu Dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967.Gabungan tiga negara Arab Mesir,Jordan Dan syiria.Dan ketiga-tiga negara itu mendapat bantuan dari Iraq,Kuwait,Arab saudi,Sudan dan Aljazair.

3- Kesan utama hasil dari perjanjian ini melebarkan penjajahan israel keatas bumi Palestin.
Mesir yang merupakan satu-satunya pintu darat menghubungkan rakyat Palestin dengan dunia luar menutup laluan keluar masuk disempadan itu.Dan akhirnya menyebabkan rakyat Palestin terpenjara diantara 2 penghalang dibumi sendiri.sempadan Mesir-Palestin.Tembok Haram Israel.

4- Mesir yang mengikat perjanjian damai ini sebagai alasan berdiam diri terhadap setiap tindakan dan kemaraan israel di bumi Palestin.

5- Meskipun Mesir berjaya mendapat kembali Semenanjung sinai dari tangan israel,ianya sebenarnya telah membuka ruang penggunaan Terusan Suez bagi kemaraan tentera israel kebumi Palestin.

6- Sehingga kehari ini,Perjanjian ini menjadi sebab utama kegagalan dan sekatan setiap bantuan kemanusiaan,makanan,pakaian dan ubat-ubatan kepada rakyat palestin memandangkan mesir satu-satunya sempadan darat palestin bagi menyalurkan bantuan ini.

Ucapan husni Mubarak
Semalam sabtu,Presiden Mesir Hosni Mubarak, mengatakan dalam ucapannya yang ditayangkan TV Mesir bahawa dia menginginkan perdamaian dengan Israel dan terikat komitmen pada perdamaian itu.
“Kami menginginkan perdamaian dan terikat komitmen padanya selama Israel menyambut keinginan kami dengan keinginan pula dan komitmen dengan komitmen,” kata Mubarak, ketika perucap kepada rakyat Mesir pada peringatan ke-28 pembebasan Gurun Sinai.

Renung-renungkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: