Archive for the ‘Agama’ Category

Kaab Bin Zuhair

Assalamu’laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ka’ab bin Zuhair  bin Abi Salma. Beliau hidup pada zaman jahiliah dan zaman islam. Oleh itu beliau di kenali sebagai penyair mukhodram.Beliau mempelajari syair daripada ayahnya, Zuhair bin Abi Salma iaitu penyair terkenal pada zaman jahiliah. Beliau sememangnya dari keturunan penyair.

Sepertimana yang kita ketahui, Ka’ab dan abangnya Bujair pernah merasai hidup sebagai muslim.Orang yang pertama memeluk islam di antara mereka berdua adalah Bujair.Pada masa itu Ka’ab berterusan dengan agama beliau iaitu menyembah selain ALLAH sehinggalah pembukaan Kota Mekah, dan beliau turut mencaci,menghina dan mengkeji Rasulullah s.a.w. dengan syair beliau.Setelah Rasulullah s.a.w mendengar syair kejian daripada Ka’ab,maka Rasulullah s.a.w terus memberi janji buruk kepada Ka’ab.Maka Bujair telah menulis surat kepada Ka’ab bahawa Rasulullah s.a.w akan membunuh setiap penyair yang mengkeji baginda s.a.w kecuali mereka yang telah memeluk islam. Setelah mendapat tahu tentang janji buruk Rasulullah s.a.w, Ka’ab berasa takut dan ingin meminta maaf kepada rasulullah s.a.w.Lalu beliau pun pergi ke Madinah untuk berjumpa dengan rasulullah s.a.w.Pada ketika itu rasulullah s.a.w sedang berada di dalam masjid bersama para sahabat baginda. Lalu Ka’ab pun datang kepada Rasulullah s.a.w dengan menutupi wajahnya,lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, jika K a’ab bin Zuhair datang kepada kamu bertaubat dan ingin memeluk Islam,adakah kamu menerimanya?Jawab Rasulullah s.a.w: Sudah tentu aku akan menerimanya.Setelah itu,Ka’ab membuka penutup mukanya lalu berkata: Akulah Ka’ab bin Zuhair.Maka orang-orang ansor menyerbu dan mencaci Ka’ab,tetapi di halang oleh Rasulullah s.a.w.Lalu Ka’ab mendendangkan syair beliau untuk Rasulullah s.a.w:

Ada yang berkata Rasulullah s.a.w menanggalkan burdahnya(kain yang diletakkan di bahu Rasulullah) dan memberikannya kepada Kaab ketika sampai pada bait yang ke-18.Oleh yang demikian, dikenali kosidah Ka’ab ini dengan ‘BURDAH’..

Keistimewaan syair beliau adalah di mulai dengan ‘ghazal’ (kesedihan penyair disebabkan perpisahan dengan kekasihnya). Ghazal ini di panggil maudhui’ iaitu khayalan semata-mata. Kemudian  pada bait seterusnya simpati dan kemaafan kepada rasulullah s.a.w. Manakala bait terakhir ialah  kepujian kepada rasulullah s.a.w.


Advertisements

BURSA SAHAM pada pandangan ISLAM (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Sudah berminggu-minggu saya mencari artikel tentang bursa saham pada pandangan islam. Akhirnya dengan izinNya, dapat juga saya menatap artikel bursa saham dalam bahasa melayu. Memandangkan tajuk bursa saham ini menjadi salah satu madah untuk peperiksaan akhir nanti, jadi sukanya saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan.Moga-moga mendapat faedah dari usaha kecil ini.

DEFINISI BURSA SAHAM (STOCK EXCHANGE – بورصة الأوراق المالية )

Bursa (bourse/exchange) ialah lokasi berpusat yang menjalankan perdagangan instrumen kewangan. Terdapat pelbagai jenis bursa masa kini, antaranya: bursa komoditi, bursa mata wang asing, bursa opsyen, bursa sekuriti/saham dan sebagainya.

Bursa saham atau bursa sekuriti (stock exchange) ialah sebuah institusi (seumpama pasar) yang menjalankan urusniaga sekuriti di mana ia membentuk pangkalan utama yang memudahkan peredaran harta daripada individu, institusi dan sektor yang pelbagai, yang membantu mengembangkan harta dan menggalakkan pelaburan untuk kepentingan ekonomi.

Kebiasaannya, nama bursa diberikan kepada tempat yang dikhususkan untuk jualbeli sekuriti (sijl-sijil saham, bon dan sebagainya) di mana orang-orang yang bermuamalah dengan sekuriti ini berkumpul di situ untuk membeli atau menjual bon-bon kerajaan atau saham-saham syarikat yang disenaraikan. Biasanya proses jual beli dilakukan dengan perantaraan broker-broker atau orang tengah.

SEJARAH BURSA SAHAM

Perancis merupakan negara kelahiran bursa saham pertama, iaitu pada kurun ke-13 Masihi, di mana berlaku urusniaga bon antara para peniaga hingga Raja Perancis, King Philip (1268-1314M) telah mewujudkan broker mata wang bagi mengusun urusniaga antara para peniaga. Pada masa yang sama, gerakan perniagaan di Baljika memberangsangkan di mana para peniaga di negeri Bruges berhimpun di istana keluarga Van der Bourse untuk menjalankan urusniaga. Perkembangan ini telah menyebabkan mereka mengambil sempena nama keluarga pemilik istana tersebut bagi menggambarkan urusniaga ini hingga akhirnya perkataan Bourse atau Bursa ini digunakan untuk pasaran urusniaga sekuriti.

Perkembangan ini akhirnya menyaksikan penubuhan bursa saham di negara Belanda, Amerika Syarikat dan kebanyakan negara industri pada kurun ke-19 M. Bagi negara Islam pula, bursa saham diperkenalkan oleh negara yang menjajah. Mesir merupakan negara pertama di Timur Tengah yang mempunyai bursa saham iaitu pada akhir kurun ke-19 M. Di Malaysia, aktiviti broker dan syer dijalankan sejak akhir abad ke-19. Pasaran Saham Malaysia yang pertama ditubuhkan pada 1937 di bawah nama pasaran Broker Saham Malaya. Walau bagaimanapun perdagangan tidak dijalankan sehinggalah bulan Mei 1960.

OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN BURSA SAHAM

Penubuhan bursa saham mempunyai beberapa objektif, antaranya:
1. Menyediakan tempat pasaran yang membolehkan pihak yang memerlukan modal mendapatkan modal melalui jual beli sekuriti yang disenaraikan
2. Menyediakan perkhidmatan yang bersangkutan urusan pelaburan dan maklumat saham kepada pelabur di samping mewujudkan minat terhadap pasaran sekuriti di kalangan pelabur dan orang awam

Antara kepentingan dan peranan bursa saham terhadap ekonomi ialah:
1. Mencairkan matawang dan menyalurkannya untuk projek-projek pelaburan
2. Memberikan indeks am tentang pergerakan harga, harta dan pelaburan, sekaligus menggambarkan kedudukan ekonomi negara
3. Menyumbang kepada meningkatkan keupayaan ekonomi dengan pelbagai projek pembangunan
4. Medan negara mencapai kestabilan matawang daripada urusniaga sekuriti bagi mengelakkan inflasi

akan bersambung.. :))

Khaulah binti Sa’labah

KHAULAH binti Sa’labah adalah antara golongan wanita Ansar pertama memeluk Islam semenjak Islam tiba di Madinah. Beliau seorang yang sangat bijaksana, fasih dan indah ketika berbahasa dan berbicara.

Hidupnya diabadikan dengan beribadat kepada Allah dan Rasul-Nya. Suaminya merupakan Aus bin Samit, saudara kandung Ubadah bin Samit dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arabi.

Khaulah adalah contoh wanita yang baik dan isteri yang setia terhadap suaminya. Sehinggalah terjadi satu peristiwa, Khaulah tidak membenarkan suaminya mendekatinya sebelum turun hukum Allah atas perbuatan suaminya itu yang menyamakan belakang (badan) dirinya sama seperti belakang ibu Aus.

Perbuatan ini dikenali sebagai zihar dalam Islam.

Ucapan “kamu seperti belakang ibu saya” adalah sebahagian dari adat zaman jahiliah kerana dengan ucapan itu, isteri yang disamakan itu dengan sendirinya haram untuk disentuh!

Ini menjadikan si isteri seperti digantung tidak bertali. Ini kerana jika hendak berkahwin lain, si isteri belum menjadi janda dan dalam masa yang sama, si isteri tidak lagi mempunyai hak terhadap suami dan anak, selain tidak ada hak dalam hubungan kekeluargaan.

Begitulah buruknya perbuatan zihar ini. Lalu Khaulah mendesak Nabi Muhammad supaya segera memberi keputusan yang sesuai mengikut hukum Allah mengenai kejadian yang menimpanya itu. Ini adalah kerana dia masih mahu rumahtangganya kekal dan anaknya terpelihara dengan baik.

Beliau tidak mahu berpisah suaminya yang telah tua walaupun mempunyai perlakuan yang kasar, panas baran, suka menengking dan tidak memiliki peribadi yang mulia terhadap ahli keluarganya.

Namun Khaulah tetap melayani suaminya dengan baik.

Namun, apabila pada suatu hari suaminya itu pulang dan ingin bersama dengan isterinya itu, namun permintaannya itu telah ditolak mentah-mentah oleh Khaulah disebabkan perbuatan zihar yang pernah dilakukan oleh Aus.

Ini menjadikan si suami begitu marah dan mula mengeluarkan kata-kata kesat dan yang kurang disenangi oleh Khaulah.

“Wahai Khaulah, kamu seperti punggung ibu saya!” kata Aus dengan nada geram lalu keluar dari rumahnya.

Walaupun Aus telah keluar dari rumah dengan hati yang marah namun beliau pulang semula ke rumah bagi meneruskan juga niat di hatinya itu.

“Jangan kamu menolak kemahuan saya ini, sila ikut saya ke bilik tidur,” kata Aus sambil memaksa isterinya masuk ke dalam bilik tidur.

“Tidak, demi jiwa saya yang berada dalam kekuasaan Allah, tidak sekali-kali saya membenarkan kamu menjamah tubuh saya selepas apa yang kamu katakan tadi sehingga ada hukum Allah dan Rasul-Nya yang memberi keputusan mengenai hubungan kita berdua!” ujar Khaulah dengan tegas.

“Saya tidak peduli!” jerit Aus sambil cuba menerkam ke arah isterinya itu.

“Tidak!” jerit Khaulah kembali lalu sempat menepis badan Aus sehingga suaminya itu jatuh ke lantai.

menyembah bumi

Aus terjatuh menyembah bumi kerana tidak dapat mengawal badannya yang sudah tua itu. Khaulah yang tidak mempedulikan suaminya lalu lari keluar dari rumah dan terus menuju ke rumah Rasulullah bagi mengadukan apa yang telah berlaku padanya itu.

Apabila tiba di rumah Rasulullah dan kebetulan baginda ada ketika itu lalu Khaulah pun menceritakan segala apa yang berlaku pada diri dan suaminya itu.

Khaulah mahu mendapatkan juga hukum agama dan berdialog dengan Rasulullah mengenai perkara itu.

“Suami kamu adalah anak bapa saudara kamu. Dia sudah lanjut usia. Maka sayangi dia dan takut pada Allah dalam urusannya,” kata Nabi Muhammad selepas mendengarkan keluhan Khaulah.

Khaulah mengulangi apa yang menimpa dirinya dan meminta pandangan nabi sama ada dia harus bercerai dengan suaminya itu. Namun Nabi berkata: “Saya belum mendapat wahyu berkaitan masalah kamu itu. Saya tidak melihat melainkan kamu sudah haram baginya (bercerai)”.

“Tetapi suami saya tidak menjatuhkan talak kepada saya!,” jawab Khaulah.

Nabi hanya mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata Khaulah itu. Khaulah masih tidak berganjak dan terus mendesak Nabi sehingga turun ayat dari Allah bagi menyelesaikan masalahnya itu.

“Demi Allah, saya tidak akan pulang sehingga turun ayat al-Quran ke atas saya,” kata Khaulah berkeras dan tidak mahu meninggalkan rumah Nabi.

Namun Khaulah kemudiannya terus mengangkat tangan ke langit dengan hatinya penuh kesedihan dan kesusahan sehinggakan air matanya tidak berhenti-henti mengalir membasahi kedua-dua pipinya seolah-olah kesal dengan apa yang telah berlaku. Dia mengadu nasibnya kepada Allah.

Khaulah terus berdoa tanpa henti menunggu turunnya ayat al-Quran bagi menyelesaikan masalahnya dan tidak lama kemudian Nabi Muhammad pun memberitahu bahawa Allah telah menurunkan wahyu kepada baginda berhubung masalah Khaulah itu.

Iaitu baginda membacakan surah al-Mujadalah ayat 1 hingga 4 di hadapan Khaulah. “Suruh suami kamu memerdekakan seorang hamba bagi menebus kesalahannya menziharkan kamu itu,” perintah Nabi kepada Khaulah.

“Ya Rasulullah bagaimana mungkin, pada hal suami saya itu tidak mempunyai apa-apa pun,” jawab Khaulah.

“Kalau begitu, suruh suami kamu berpuasa dua bulan berturut-turut,” kata Nabi lagi.

“Bagaimana dia hendak berpuasa Ya Rasulullah sedangkan dia sudah tua dan tidak akan mampu untuk berpuasa apatah lagi secara berturut-turut,” kata Khaulah lagi.

“Bagaimana pula kalau dia memberikan makan kurma kepada 60 orang miskin?” tanya Nabi.

“Demi Allah! Dia tidak mempunyai apa-apa pun Ya Rasullah!,” kata Khaulah.

“Jika demikian, saya akan membantu dengan satu tandan kurma!,” kata Nabi menyatakan hasratnya untuk membantu Khaulah. “Saya pula akan menambahkannya dengan satu tandan yang lain,” kata Khaulah bagi membantu suaminya itu.

“Kamu merupakan seorang wanita yang sangat baik dan bijaksana. Sekarang bawalah setandan kurma dariku ini dan sedekahkan ia dan layanilah suami kamu dengan baik,” puji Nabi terhadap Khaulah.

Begitulah kisahnya seorang wanita yang mengadukan rayuannya kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Allah mendengar rayuannya dari langit yang tujuh lapis dan menurunkan ayat al- Quran untuk memberikan hukum mengenai perbuatan zihar itu.

Manusia, Malaikat Dan Syaitan

Manusia , Malaikat , Syaitan

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah ??
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah?

Manusia – aku telah berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu …
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu…

MORAL : Sesungguhnya syaitan, musuh utama manusia tidak pernah berputus asa untuk menyesatkannya.

Masjid di Dunia

Di sini saya nak berkongsi di antara masjid-masjid terkenal yang ada di setiap pelosok dunia yang sempat saya jumpa kat internet. Masjid dari sudut bahasa bermaksud “tempat bersujud”. Masjid adalah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf bagi orang islam. Bangunan ini juga merupakan tempat pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah islamiah.

Terdapat 3 buah masjid utama yang dimuliakan oleh umat islam :

1. Masjidil Haram, di Makkah – tempat kaabah, kiblat solat umat islam

1

2. Masjid Nabawi, di Madinnah

2

3. Masjidil Al-Aqsa, di Al-Quds, Palestin

3

dan masjid-masjid lain lagi yang menjadi lambang penyatuan umat islam.

44.) Ini masjid Sultan Ahmad atau dikenali juga Masjid Biru di Istanbul. Kenapa terkenal dengan masjid biru ya? Sebabnye kubahnya yang biru.

65.) Cuba teka.? mesti xtau kan..xpe saya jawab. Ini adalah Hagia Sophia a.k.a Aya Sophia. Pernah menjadi gereja pada satu ketika, menjadi masjid, dan kini menjadi muzium.

76.) Ini adalah Qubbah As Sakhrah / Dome of the rock, di jerusalem, palastin.

87.) Ini Masjid Al Askari di Samarra, Iraq. Merupakan masjid syiah yang dibangunkan pada tahun 944M. Sayangnya masjid ini hancur pada februari 2006 akibat secara tidak lansung pencerobohan Amerika dan sekutu ke atas Iraq

98.) Masjid Suneri, Lahore, Pakistan. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bikhari Khan, anak wakil Gabenor Lahore pada tahun 1753M

109.) Masjid Sultan Singapura. Merupakan masjid kedua tertua di Singapura dan dikategorikan national heritage.

1110.) Masjid Agung Djene, Afrika Barat. Mulanya dibangun sepenuhnya dengan bahan ‘Frey’ ataupun bata dari bahan tanah yang dikeringkan dengan matahari dan diplaster dengan tanah lumpur.

Bersambung….hehe..

Kelebihan Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang terakhir yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran di turunkan untuk mengajar dan mengajak manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Di dalam al-quran di paparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dalam semua bidang kehidupan.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud ” Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya, dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku adalah Al-Quran yang mulia”.

Sukanya di sini untuk saya berkongsi kelebihan membaca kitab suci ini semoga sama-sama menjadi pedoman khusunya untuk diri saya yang dhoif ini.

Kelebihan Membaca Al-Quran

1.) Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah akan diberi kelebihan yang tinggi semasa hidup di dunia dan juga apabila di akhirat kelak. Di samping itu, Allah s.w.t mengurniakan kelebihan melimpah ruah kepada kedua ibu bapanya.Hadith dari Rasulullah yang berbunyi “ Sesiapa yang membaca al-quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi sinaran cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini”. Dan bayangkanlah pula kelebihan yang dikurniakan kepada si pembaca. Pastinya lebih besar lagi.

2.) Al-Quran juga dapat memberi syafaat ( pertolongan ) yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t. di hari kiamat. Ini berpandukan kepada salah satu hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud : ” Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan nabi dan bukan malaikat dan sebagainya “.

Dan dari hadith yang lain daripada Othman bin Affan dari Rasulluah s.a.w yg berbunyi : ” Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain “.

Kerugian Orang Yang Tidak Membaca Al-Quran

Dalam hadith Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut perihal kerugian orang yang tidak lansung membaca Al-Quran semasa hayatnya di dunia dan rongga mulutnya kosong dari ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang kosong dari penghuni.

Dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud ” Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya  sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang di tinggalkan kosong“.

Daripada info yang secubit ini, moga-moga dapat sama-sama kita mengambil pengajaran dan pedoman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Sama-sama kita doakan semoga menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.



Di manakah kita ?

Boikot merupakan pemulauan orang ramai terhadap sesuatu perkara.Contohnya,pada masa kini,ramai masyarakat dunia memboikot barangan yahudi kerana Israel(yahudi) telah melancarkan serangan diatas bumi Palestin(Gaza).Tetapi,sampai bila penyelesaian boikot ini akan berakhir?

boykotBoikot merupakan penyelesaian yang daif untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di bumi Palestin(Gaza).Kenapa penyelesaian boikot ini dikatakan daif?kedaifan penyelesaian ini adalah kerana,tidak seorang individu pun yang memboikot barangan yahudi secara 100%.Mengikut kajian dan soal selidik,ada sesetengah individu yang memboikot mengikut musim dan ada juga yang memboikot secara tidak menyeluruh.

Seterusnya,apabila seseorang individu tersebut memboikot barangan yahudi mengikut musim,keganasan di Palestin(Gaza) akan berlaku semula.Maksud memboikot mengikut musim disini,jika keganasan tidak berlaku di bumi Palestin(Gaza) pada hari ini,berkemungkinan individu yang memboikot barangan yahudi mengikut musim tersebut akan membeli barangan yahudi juga.

Selain itu,memboikot secara tidak menyeluruh juga merupakan penyelesaian yang begitu daif.Kenapa memboikot secara tidak menyeluruh merupakan penyelesaian yang begitu daif?kedaifan penyelesaian ini adalah kerana,mengikut kajian,tidak ada seorang pun yang memboikot secara menyeluruh.Mengikut kajian juga,jika satu orang memboikot sebanyak 50% yakni tidak menyeluruh,50% lagi akan disalurkan kepada bantuan tentera Israel(yahudi).

boikot israelSecara kesimpulannya,jelaslah bahawa jihad merupakan penyelesaian yang tepat untuk menyelesaikan masalah di bumi Palestin(Gaza).Dan,ape yang penting,pelancaran jihad adalah wajib bagi sesebuah negara,bukan daripada persatuan,parti politik,ahli korperat dan lain-lain.Seterusnya,hanya negara khilafah sahajalah yang dapat menyelesaikan masalah ini.

Sama-sama kite fikirkan..