Archive for the ‘Gambar menarik’ Category

Pebebasan Sinai

Assalamu’laikum.

Semalam,25 April 2010 (Mesir),adalah cuti, yay 🙂 . Cuti ini bukan sebarang cuti, 25 April merupakan satu tarikh keramat bagi rakyat mesir dan seluruh umat  islam amnya untuk memperingati Pembebasan Sinai Daripada Israel Laknatullah. Genap 28 tahun bermula 25 April 1982.Israel mengundurkan tentera dari bumi sinai. Tapi peristiwa yang penting ini, bukanlah untuk dirai, ini kerana :

Adakah kerana Israel mengaku kalah?
Tidak,kemenangan Mesir yang bukan untuk dirai.Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Anwar Sadat pada 26 Mac 1979.Dan perjanjian (Hutang darah palestin) kononnya antara Arab-Israel sebetulnya tidak diiktiraf oleh Bangsa-bangsa Arab.Anwar Sadat yang melihat perjanjian ini bagi menjaga kepentingan sendiri sebenarnya telah berhutang beribu-ribu darah rakyat Palestin sehingga kini.Kemenangan yang dianggap satu kemegahan.
Dan akhirnya hutang yang kononnya megah bagi Anwar Sadat ini telah dibayar dengan berdas-das tembakan oleh askar Mesir semasa perarakan yang merasakan kemenangan ini mengkhianati dunia islam dengan israel laknatullah.Dan hasilnya pengunduran tentera israel dari bumi sinai pada 25 april 1982.

Fakta Perjanjian Kem David 26 Mac 1979

1- Masyarakat islam menyifatkan dengan menandatangani perjanjian ini,ianya sebenarnya menyokong tindakan susulan israel melebarkan rampasan tanah rakyat Palestin dan seterusnya mengetepikan hak rakyat Palesti yang telah dijajah sejak 1948.

2- Dengan menandatangani perjanjian ini,ianya sebenarnya menghancurkan segala usaha dunia Arab dalam perang 6 hari keatas tentera israel pada 10 jun 1967.Yang pada ketika itu Dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967.Gabungan tiga negara Arab Mesir,Jordan Dan syiria.Dan ketiga-tiga negara itu mendapat bantuan dari Iraq,Kuwait,Arab saudi,Sudan dan Aljazair.

3- Kesan utama hasil dari perjanjian ini melebarkan penjajahan israel keatas bumi Palestin.
Mesir yang merupakan satu-satunya pintu darat menghubungkan rakyat Palestin dengan dunia luar menutup laluan keluar masuk disempadan itu.Dan akhirnya menyebabkan rakyat Palestin terpenjara diantara 2 penghalang dibumi sendiri.sempadan Mesir-Palestin.Tembok Haram Israel.

4- Mesir yang mengikat perjanjian damai ini sebagai alasan berdiam diri terhadap setiap tindakan dan kemaraan israel di bumi Palestin.

5- Meskipun Mesir berjaya mendapat kembali Semenanjung sinai dari tangan israel,ianya sebenarnya telah membuka ruang penggunaan Terusan Suez bagi kemaraan tentera israel kebumi Palestin.

6- Sehingga kehari ini,Perjanjian ini menjadi sebab utama kegagalan dan sekatan setiap bantuan kemanusiaan,makanan,pakaian dan ubat-ubatan kepada rakyat palestin memandangkan mesir satu-satunya sempadan darat palestin bagi menyalurkan bantuan ini.

Ucapan husni Mubarak
Semalam sabtu,Presiden Mesir Hosni Mubarak, mengatakan dalam ucapannya yang ditayangkan TV Mesir bahawa dia menginginkan perdamaian dengan Israel dan terikat komitmen pada perdamaian itu.
“Kami menginginkan perdamaian dan terikat komitmen padanya selama Israel menyambut keinginan kami dengan keinginan pula dan komitmen dengan komitmen,” kata Mubarak, ketika perucap kepada rakyat Mesir pada peringatan ke-28 pembebasan Gurun Sinai.

Renung-renungkan

Advertisements

Rahsia seni bina Piramid

Rahsia Senibina Piramid

PIRAMID-PIRAMID MESIR PURBA menakjubkan sesiapa saja yang memandang. Ia adalah struktur-struktur yang masih wujud di kalangan Tujuh Keajaiban Dunia, mengharungi ribuan tahun dipenuhi cuaca padang pasir yang ganas dan kerja tangan manusia. Hakikat bahawa ia masih berdiri juga adalah satu misteri, memandangkan kawasan sekitarnya adalah zon gempa bumi dan banyak binaan telah tumbang sejak piramid-piramid Giza selesai didirikan dahulu.
Ramai orang mendakwa mereka telah bertemu dengan apa yang dipanggil “kuasa piramid”, dengan meletakkan objek-objek tertentu di bawah model skala Piramid Agung Giza (piramid Firaun Khufu, atau Cheops). Model piramid itu seharusnya dilaraskan supaya setiap sisinya menghadap empat mata angin utama – Utara, Timur, Selatan dan Barat. Objek itu pula harus diletakkan di bawah satu pelantar untuk meninggikannya kepada tahap satu pertiga dari ketinggian piramid itu. Selepas beberapa lama, keajaiban-keajaiban mula berlaku.
Pada tahun 1959, satu patent telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Patent Czech kepada Karl Drbal, seorang jurutera radio, untuk satu “alat bagi mengekalkan ketajaman pisau cukur dan alat pencukur”. “Alat” itu adalah satu model skala 1:1000 Piramid Agung, diorientasikan dengan betul. Beliau meletakkan di bawah piramid itu – pada kedudukan satu pertiga dari ketinggian piramid – pisau-pisau cukur, yang mana paksi terpanjangnya menganjur dari Utara ke Selatan. Beliau menemui bahawa pisau-pisau itu kekal tajam walaupun selepas 50 kali bercukur. Ini membuatkan beliau memohon untuk mendapatkan patent tersebut.

Para piramidologis – mereka yang mengkaji sifat-sifat piramid – mengatakan terdapat penumpuan tenaga dan medan magnetik di dalam piramid. Kajian terbaru menunjukkan bahawa sememangnya terdapat satu penumpuan kecil medan magnetik di dalam sebuah model skala piramid, diorientasikan dengan betul terhadap mata angin. Kita sedia maklum bahawa medan magnet memberikan kesan terhadap kehidupan di bumi – jerung berkepala tukul, sebagai contoh, bergantung kepada medan magnetik semula jadi di dasar lautan untuk memandu arah pergerakan mereka. Mungkin penumpuan tenaga dan medan ini menghasilkan perubahan dalam sifat-sifat objek yang diletakkan di bawah piramid, tetapi kenapa ia berlaku di dalam piramid yang memiliki ukuran yang betul dan diorientasikan dengan tepat – soalan ini masih belum terjawab sepenuhnya. Banyak eksperimen turut gagal membuktikan kewujudkan “kuasa piramid”.Walau bagaimanapun, ramai orang secara tidak sedar mula mempercayai bahawa piramid boleh membawa kebaikan kepada mereka. Dapatkah anda perhatikan bahawa banyak bangunan pencakar langit baru-baru ini memiliki puncak berbentuk piramid? Trend baru dalam senibina, atau pendekatan mistik ke arah kesempurnaan

Fail-X: Sebenarnya melalui pengkajian yang mendalam terhadap piramid, para pengkaji memang mengakui bahawa bentuk piramid mampu menghasilkan tenaga yang boleh membawa banyak kebaikkan. Makanan yang diletakkan di bawah piramid lebih tahan lama dan tumbuhan yang berada didalam piramid lebih subur. Ada sesetengah orang yang mereka piramid sendiri dan bermeditasi di dalam piramid tersebut. Dikatakan hasil dari meditasi di dalam piramid itu membawa banyak kebaikkan kepada orang tersebut.Sebenarnya kelebihan sebuah piramid itu bukan terletak pada permukaan bentuk piramid, tetapi ketepatan sudutnya. Jika anda mereka sebuah piramid tetapi mempunyai sudut yang tidak tepat, hasilnya pasti menghampakan. Piramid sebenarnya adalah salah satu bentuk geometri dari banyak bentuk geometri lain yang diaktakan ajaib. Jenis bentuk geometri ini dipanggil sebagai ‘sacred geometry’. Semua ‘sacred geometry mempunyai suatu persamaan iaitu suatu ukuran sudut yang sama iaitu Phi 1.168 (Golden ratio). Jika anda berminat mengetahui tentang ‘sacred geometry’ ini, anda bolehlah cari di mana-mana enjin carian dengan menaip “sacred geomery”.
Wallahu a’alam

Tokyo Ada Gundam, Kobe Ada Tetsujin

Jepun memang terkenal dengan robot. Berbagai robot yang mereka bina. Hingga robot dari anime dibina menjadi realiti. Baru-baru ini replika robot Gundam dipasang di Tokyo. Dan baru-baru ini juga, satu lagi robot akan dibina di Kobe. Robot itu adalah Tetsujin. Seperti Gundam, Doraemon dan Astro Boy, Tetsujin adalah antara robot yang feymes di Jepun terutamanya pada golongan kanak-kanak.

Maybe budak-budak suka sebab rupa Tetsujin ni sangat comel dan kiut. Tidak seperti Gundam yang sentiasa nampak serius dan ganas.

Bagi yang meminati robot-robot Gundam Seed, anda boleh merujuk di sini.

Saya nak berkongsi mengenai robot tetsujin 28-go, yang masih lagi dalam pembinaan. Dan di jadual siap bulan oktober ini.

Apa Itu Tetsujin 28-g0

Tetsujin 28-gō (鉄人28号 ,Tetsujin Nijūhachi-gō?) (judul bahasa inggeris: Iron Man #28, Manusia Besi No. 28) adalah manga yang pertama kali ditulis dan digambar oleh Mitsuteru Yokohama pada tahun 1956. Cerita manga ini telah diangkat menjadi tayangan radio, serial tokusatsu dan serial anime di televisi, film layar lebar tokusatsu dan anime, serta permainan video untuk playstation 2. Tokoh utama dalam manga ini adalah robot raksasa bernama Tetsujin 28-gō yang dikenal di luar Jepun dengan nama Gigantor. Manga ini pertama kali dijadikan tayangan television pada tahun 1960.

Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak gambar yang sempat di copy di internet. Robot ini masih di peringkat awal pembikinan. Berikut adalah gambar-gambar robot yang belum siap.

tetsujin….

tetsujin1…..

tetsujin2….

tetsujin3Aku rasa mungkin jepun dalam proses membina robot untuk peperangan masa hadapan.

 

okie..sekian

Masjid di Dunia

Di sini saya nak berkongsi di antara masjid-masjid terkenal yang ada di setiap pelosok dunia yang sempat saya jumpa kat internet. Masjid dari sudut bahasa bermaksud “tempat bersujud”. Masjid adalah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf bagi orang islam. Bangunan ini juga merupakan tempat pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah islamiah.

Terdapat 3 buah masjid utama yang dimuliakan oleh umat islam :

1. Masjidil Haram, di Makkah – tempat kaabah, kiblat solat umat islam

1

2. Masjid Nabawi, di Madinnah

2

3. Masjidil Al-Aqsa, di Al-Quds, Palestin

3

dan masjid-masjid lain lagi yang menjadi lambang penyatuan umat islam.

44.) Ini masjid Sultan Ahmad atau dikenali juga Masjid Biru di Istanbul. Kenapa terkenal dengan masjid biru ya? Sebabnye kubahnya yang biru.

65.) Cuba teka.? mesti xtau kan..xpe saya jawab. Ini adalah Hagia Sophia a.k.a Aya Sophia. Pernah menjadi gereja pada satu ketika, menjadi masjid, dan kini menjadi muzium.

76.) Ini adalah Qubbah As Sakhrah / Dome of the rock, di jerusalem, palastin.

87.) Ini Masjid Al Askari di Samarra, Iraq. Merupakan masjid syiah yang dibangunkan pada tahun 944M. Sayangnya masjid ini hancur pada februari 2006 akibat secara tidak lansung pencerobohan Amerika dan sekutu ke atas Iraq

98.) Masjid Suneri, Lahore, Pakistan. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bikhari Khan, anak wakil Gabenor Lahore pada tahun 1753M

109.) Masjid Sultan Singapura. Merupakan masjid kedua tertua di Singapura dan dikategorikan national heritage.

1110.) Masjid Agung Djene, Afrika Barat. Mulanya dibangun sepenuhnya dengan bahan ‘Frey’ ataupun bata dari bahan tanah yang dikeringkan dengan matahari dan diplaster dengan tanah lumpur.

Bersambung….hehe..