Archive for the ‘Kering Gusi’ Category

Cinta Itu Buta~

Seekor monyet di Desa Pasirian di sini ‘jatuh cinta’ pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

“Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah,” kata Ali.

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.

Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat ‘percintaan’ antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

Semasa monyet dan haiwan itu ‘berkasih-kasihan,’ penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa.

Ini Baru Betul-Betul HULK

Betul ke ni? Itulah ungkapan pertama dari mulut saya. Saya sendiri tidak tahu..adakah ianya benar atau karut.

Seorang pemuda berbangsa arab. Beliau berasal dari mesir. Membunyai 4 orang isteri dan di kurniakan 35 org anak. Beliau dikatakan, memiliki kegagahan yang luar biasa. Anda lihatlah sendiri video dibawah ini, percaya atau tidak terpulang pada anda:

Khasiat Telor Masak Separuh

telur-rebus-2Najib dan Rosmah membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

telur-separuhSelepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

telur-rebus-keras“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.

“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye”, kata emaknya.

Ha……..Lu Pikir ah sendiri……..!

Apa kes ni Hang Tuah !!

Sekadar melayan perasaan dikala kegusaran.Ada patut hang tuah cakap utara. Selamat menonton. Hehe