Archive for the ‘Ko-Kurikulum’ Category

Adakah Anda Pengidap Disleksia?

Adakah anda pengidap disleksia. Cuba-cubala check ye. Seorang kawan saya gelisah apabila dikatakan dia pengidap disleksia. Jadi di bawah ini sedikit sebanyak maklumat tentang disleksia:

Apakah Disleksia

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-Ciri Pengidapnya

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Advertisements

Liverpool Vs Lyon

Anda tahu, Apakah sebab kekalahan jepun pada perang dunia kedua? Antara  sebab yang mempercepatkan kekalahan Jepun adalah penggunaan taktik Divine Wind atau dalam bahasa Jepunnya Kamikaze.

Taktik yang diharap akan mengalahkan US itu sebenarnya mempercepatkan kekalahan Jepun. Ini kerana pihak US jadi takut hendak menyerang pulau besar Jepun kerana menjangkakan serangan Kamikaze yang lebih dahsyat. Jadi, kerana takut mereka terus gunakan bom atom. Lepas guna bom atom, terus Jepun kalah.

Jadi apa kaitannya dengan posting hari ini? Tak ada kaitan. Itu cuma nak kasi panjang entri ni saja.

Tentang perlawanan Liverpool vs Lyon, tidak banyak yang mampu saya komen. Kekalahan yang keenam dari tujuh perlawanan, membuktikan liverpool mempunyai krisis yang sangat teruk. Selepas Xabi Alonso berhijrah ke Real Madrid, kawasan tengah liverpool terlalu lemah. Walaupun Alberto Aquilani dibeli untuk menggantikan kekosongan Alonso, tetapi pemain itu masih lagi bergelut dengan kecederaan.

prop091103-19-liverpool_training

Menurut boss liverpool, Rafael Benitez, perlawanan itu adalah penentuan masa depannya di Anfield. Andai kekalahan yang mampu  mereka perolehi, mungkin Rafa terpaksa meninggalkan EPL lebih awal. Saya sebagai peminat liverpool, masih lagi menaruh harapan dan kepercayaan kepada Benitez.

Perlawanan malam ini adalah sangat penting buat liverpool.Dengan status juara Eropah lima kali, Liverpool bakal berdepan penyingkiran awal dari Liga Juara-Juara andai gagal mengatasi masalah kecederaan untuk menundukkan Lyon di Perancis, malam ini. Liverpool tidak boleh kalah lagi dalam baki tiga saingan Kumpulan E. Mengusutkan lagi keadaan, skuad Reds itu akan berkunjung ke Lyon pada ketika dua tonggak penting, Steven Gerrard dan Fernando Torres bergelut dengan masalah kecergasan.

prop091103-10-liverpool_training

Bagi saya, dan juga peminat liverpool yang lain, diharapkan perlawanan malam ini dapat menunjukkan permainan yang menarik, semangat setiakawan dan berpasukan yang kuat. Dengan slogan “you’ll never walk alone” semoga mampu menaikkan semangat, dan seterusnya membuahkan kemenangan buat peminat dan juga pasukan.

Selamat menonton.

prop091103-20-liverpool_training

Diharapkan Alberto Aquilani dapat diturunkan pada perlawanan tersebut.

Cara-cara menginstall ATi Graphic Driver

Assalamu’laikum.

Sejak akhir-akhir ni tidak ada peluang untuk update blog. Sedikit sibuk, musim kuliah dah semakin rancak, di tambah pula pasukan sokongan aku, LiverpoolFC asyik kalah, sedikit sebanyak melunturkan semangat aku..isk isk isk..

Kali ni saya nak berkongsi tentang cara menginstall Graphic driver untuk ubuntu. Komputer saya menggunakan ATI graphic driver. Jadi saya akan berkongsi pengalaman tersebut. Berbagai-bagai  cara telah saya guna untuk menginstall graphic driver ni, hinggalah saya terjumpa cara yang betul memuaskan hati.

1. Pengalaman pertama adalah saya install mengikut panduan yang terdapat dalam youtube. Caranya adalah System > Adminitration > Hardware Driver

screenshot-hardware-drivers

Kemudian saya active graphic driver tersebut. Tapi cara ini tak memuaskan hati saya, tidak memberi kesan yang maximun.

2. Saya jugak pernah guna cara menginstall parkage envy. Guide boleh lihat di sini .

Cara ini juga tidak mendatangkan kesan yang memuaskan.

3. Cara yang ketiga ini bagi saya adalah cara yang paling betul dan sempurna untuk mengistall graphic driver ATi. Jadi saya akan berkongsi STEP by STEP.

Langkah 1.

Mula-mula sekali, anda hendaklah memuat turun ATi driver package yang terkini. Untuk tujuan ini saya akan memuat turun Ati Radeon 48xx series.

radeon_hd3xxxdan klik button GO, dan mulakan memuat turun data-data driver tersebut.

Langkah 2 : Install Ati Package

Biasanya, fail yang telah dimuat turun akan disimpan di bahagian desktop. Jadi buka terminal dan browser ke desktop anda:

cd Desktop 

install package tersebut menggunakan root user:

sudo sh ./ati-driver-installer-9-5-x86.x86_64.run

ati_terminal_command

Secara automatik akan mengesan X version dan buka wizard dan kilik continue:.

ati_step1Agree with te licence :

ati_agreePilih Automatik mode dan continue :

ati_step3Proses install memakan sedikit masa, so be patient:

ati_step4

……

ati_step5

Langkah 4 : Config the ATi

Buka terminal dan taip :

sudo /usr/bin/aticonfig –initial -f

Sekarang reboot komputer anda.

Langkah 4 : Configure Ati Driver

Selepas selesai install driver Ati, anda akan dapati Ati catalyst control center dan Ati catalyst control center (super-user). So, sekarang anda boleh setting Ati anda sebagaimana anda lakukan di windows.

screenshot-catalyst-control-center

Selamat mencuba..

LiverPool VS Man United

Assalamu’laikum.

Hari ini hari ahad. Merupakan titik tolak pasukan sokongan aku Liverpool Vs Manchester United. 1Musuh tradisi yang berabad lamanya. Dengan berpegang kepada slogan ” you’ll never walk alone” aku mengharapkan liverpool dapat beraksi di tahap prestasi yang sebenar. Setelah berhempas pulas dan prestasi yang membimbangkan, kecederaan pemain utama, owner yang kedekut tahap kambing, menyebabkan Liverpool terus lesu.

2 Kekalahan ke empat berturut-turut, sudah cukup untuk memecahkan rekod buruk yang memalukan sepanjang 20 tahun. Aku sebagai peminat Liverpool menggesa pemain-pemain dapat menumpukan perhatian penuh kepada perlawanan hari ini, jangan menyibukkan diri dengan blog-blog atau politik. Hanya perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan prestasi dan seterusnya mencatat kemenangan bergaya di kandang sendiri.

3 Kedua-dua musuh tradisi ini mempunya misi yang penting pada perlawanan petang ini.  Manchester Uniter semestinya ingin menggunakan peluang ini untuk mereka membalas dendam atas 2 kekalahan musim lepas. Dan bagi liverpool pula, sudah pasti ingin mencatat kemenangan bagi membuka peluang untuk merebut trophi EPL dan sekali gus ingin menutup mulut pengkritik.

Bagi mereka yang bukan supporter ataupun sekadar peminat bola, pastinya mengharap permainan yang berkualiti, profersional, disiplin berpasukan dan semangat setiakawan.

Kepada sesiapa yang ingin menonton pelawanan ini, tetapi tidak ada astro ( di mesia) , atau parabola(di mesir), atau anda malas ke kedai tea a.k.a syai, anda boleh tengok secara live melalui internet, dengan menggunakan beberapa software ini, sopcast, TvU, PPstream, dan yang seumpamanya. Link-link boleh di dapati di http://www.myp2p.eu.

Wassalam.

p/s:  pasukan Terengganu telah berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Malaysia. hehe..pasukan ni aku minat gak ni.

Liverpool Football Club

hehe..

Malunya nk ngaku penyokong berani mati liverpoolFC ni..asyik kalah je. Tapi biasalah, sudah adat  dunia ni, adakalanya naik, adakalanye jatuh, tapi mengharapkan semoga pemain2 liverpool kembali beraksi di tahap prestasi sebenar. Saya ingin ceritakan serba sedikit tentang sejarah liverpoolFC

SEJARAH LIVERPOOL

Liverpool merupakan antara salah sebuah kelab paling bersejarah di eropah dan di England. Liverpool ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.

liverpool fc team

Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.

Bersambung..hehe