~MERDEKA MERDEKA~

Assalamu’laikum w.b.t

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. Sebenarnya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuka blog dan  mengupdate. Memandangkan saya dalam fatrah perperiksaan bagi perlajar al-azhar jurusan Syariah Islamiah, tahun 4, yang bermula pada 16 januari 2010 yang lepas dan baru saja berakhir semalam, 30 jan 2010.

Peperiksaan ni, sangat memenatkan, tapi dengan peperiksaan kita sedikit sebanyak dapat menguji sejauh mana ilmu yang telah perolehi. Harapan saya, semoga Allah memudahkan urusan saya.

Walau bagaimana pun, kebetulan tarikh peperiksaan dengan  jadual perlawanan liverpool hampir sama. cuma yang membezakan adalah waktu.. So, semalam agak seronokla, selesai je peperiksaan bagi madah Qowaid Fiqhi, saya terus pulang untuk menonton dan disamping memberi sokongan moral kepada pasukan kesayangan aku yg hampir lumpuh. nasib baik menang semalam lawan bolton, hasil jaringan kuyt dan insua. 2-0

Semasa peperiksaan Qowaid Fiqhi semalam, aku agak simpati pada seorang pelajar malaysia, ntah dari negeri mana, dia dihalau dari dewan peperiksaan, gara-gara menulis ‘toyol’ di atas permbaris. Aku akui Qowaid Fiqhi memang satu madah yang sangat payah, kata orang madah killer bagi peperiksaan fasal 1. Kalu fasal 2 nanti, yang saya jangkakan pada pertengahan mei 2010, lagi banyak madah killer-nye.

So, untuk pelajar yang belum merdeka lagi, hehe, usahala sungguh-sungguh, jangan menyesal kemudian hari. mcm kena atas kepala sendiri ;D

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamu’laikum..

Mula-mula skali, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru. Terlalu cepat masa berlalu rasanya, 2009 sudah 6 hari meninggalkan kita. Seolah-olah seperti baru semalam menyambut 2009. Semoga hari-hari yang telah berlalu pergi itu dapat kite renungkan balik dan mengambil teladan dan pengajaran yang berguna untuk kita mulakan sesuatu yang baru untuk tahun yang baru. Kata orang mulakan azam baru.

Kekadang terasa masa berlalu terlalu pantas. Bila saya renungkan balik 4 tahun dulu, ketika masih berada di malaysia tanah airku. Hari-hari terakhir sebelum saya berangkat ke mesir. Pada waktu tu, terbayang dalam fikiran saya, 4 tahun yang harus saya tempuhi di mesir adalah terlalu lama. Rancangan saya pada waktu tu ialah ingin kembali ke malaysia setiap 2 tahun. Tapi yang terjadi sebaliknya, sedar sudah hampir 5 tahun saya di mesir tanpa pernah kembali ke malaysia. InsyaAllah, saya mesti balik tahun ini. So, kawan-kawan doakanlah saya.hehe

Akhir kata SELAMAT TAHUN BARU 2010. Kullu Sannah waantu Bikhoir.

Wassalam

Cinta Itu Buta~

Seekor monyet di Desa Pasirian di sini ‘jatuh cinta’ pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

“Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah,” kata Ali.

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.

Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat ‘percintaan’ antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

Semasa monyet dan haiwan itu ‘berkasih-kasihan,’ penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa.

Khaulah binti Sa’labah

KHAULAH binti Sa’labah adalah antara golongan wanita Ansar pertama memeluk Islam semenjak Islam tiba di Madinah. Beliau seorang yang sangat bijaksana, fasih dan indah ketika berbahasa dan berbicara.

Hidupnya diabadikan dengan beribadat kepada Allah dan Rasul-Nya. Suaminya merupakan Aus bin Samit, saudara kandung Ubadah bin Samit dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arabi.

Khaulah adalah contoh wanita yang baik dan isteri yang setia terhadap suaminya. Sehinggalah terjadi satu peristiwa, Khaulah tidak membenarkan suaminya mendekatinya sebelum turun hukum Allah atas perbuatan suaminya itu yang menyamakan belakang (badan) dirinya sama seperti belakang ibu Aus.

Perbuatan ini dikenali sebagai zihar dalam Islam.

Ucapan “kamu seperti belakang ibu saya” adalah sebahagian dari adat zaman jahiliah kerana dengan ucapan itu, isteri yang disamakan itu dengan sendirinya haram untuk disentuh!

Ini menjadikan si isteri seperti digantung tidak bertali. Ini kerana jika hendak berkahwin lain, si isteri belum menjadi janda dan dalam masa yang sama, si isteri tidak lagi mempunyai hak terhadap suami dan anak, selain tidak ada hak dalam hubungan kekeluargaan.

Begitulah buruknya perbuatan zihar ini. Lalu Khaulah mendesak Nabi Muhammad supaya segera memberi keputusan yang sesuai mengikut hukum Allah mengenai kejadian yang menimpanya itu. Ini adalah kerana dia masih mahu rumahtangganya kekal dan anaknya terpelihara dengan baik.

Beliau tidak mahu berpisah suaminya yang telah tua walaupun mempunyai perlakuan yang kasar, panas baran, suka menengking dan tidak memiliki peribadi yang mulia terhadap ahli keluarganya.

Namun Khaulah tetap melayani suaminya dengan baik.

Namun, apabila pada suatu hari suaminya itu pulang dan ingin bersama dengan isterinya itu, namun permintaannya itu telah ditolak mentah-mentah oleh Khaulah disebabkan perbuatan zihar yang pernah dilakukan oleh Aus.

Ini menjadikan si suami begitu marah dan mula mengeluarkan kata-kata kesat dan yang kurang disenangi oleh Khaulah.

“Wahai Khaulah, kamu seperti punggung ibu saya!” kata Aus dengan nada geram lalu keluar dari rumahnya.

Walaupun Aus telah keluar dari rumah dengan hati yang marah namun beliau pulang semula ke rumah bagi meneruskan juga niat di hatinya itu.

“Jangan kamu menolak kemahuan saya ini, sila ikut saya ke bilik tidur,” kata Aus sambil memaksa isterinya masuk ke dalam bilik tidur.

“Tidak, demi jiwa saya yang berada dalam kekuasaan Allah, tidak sekali-kali saya membenarkan kamu menjamah tubuh saya selepas apa yang kamu katakan tadi sehingga ada hukum Allah dan Rasul-Nya yang memberi keputusan mengenai hubungan kita berdua!” ujar Khaulah dengan tegas.

“Saya tidak peduli!” jerit Aus sambil cuba menerkam ke arah isterinya itu.

“Tidak!” jerit Khaulah kembali lalu sempat menepis badan Aus sehingga suaminya itu jatuh ke lantai.

menyembah bumi

Aus terjatuh menyembah bumi kerana tidak dapat mengawal badannya yang sudah tua itu. Khaulah yang tidak mempedulikan suaminya lalu lari keluar dari rumah dan terus menuju ke rumah Rasulullah bagi mengadukan apa yang telah berlaku padanya itu.

Apabila tiba di rumah Rasulullah dan kebetulan baginda ada ketika itu lalu Khaulah pun menceritakan segala apa yang berlaku pada diri dan suaminya itu.

Khaulah mahu mendapatkan juga hukum agama dan berdialog dengan Rasulullah mengenai perkara itu.

“Suami kamu adalah anak bapa saudara kamu. Dia sudah lanjut usia. Maka sayangi dia dan takut pada Allah dalam urusannya,” kata Nabi Muhammad selepas mendengarkan keluhan Khaulah.

Khaulah mengulangi apa yang menimpa dirinya dan meminta pandangan nabi sama ada dia harus bercerai dengan suaminya itu. Namun Nabi berkata: “Saya belum mendapat wahyu berkaitan masalah kamu itu. Saya tidak melihat melainkan kamu sudah haram baginya (bercerai)”.

“Tetapi suami saya tidak menjatuhkan talak kepada saya!,” jawab Khaulah.

Nabi hanya mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata Khaulah itu. Khaulah masih tidak berganjak dan terus mendesak Nabi sehingga turun ayat dari Allah bagi menyelesaikan masalahnya itu.

“Demi Allah, saya tidak akan pulang sehingga turun ayat al-Quran ke atas saya,” kata Khaulah berkeras dan tidak mahu meninggalkan rumah Nabi.

Namun Khaulah kemudiannya terus mengangkat tangan ke langit dengan hatinya penuh kesedihan dan kesusahan sehinggakan air matanya tidak berhenti-henti mengalir membasahi kedua-dua pipinya seolah-olah kesal dengan apa yang telah berlaku. Dia mengadu nasibnya kepada Allah.

Khaulah terus berdoa tanpa henti menunggu turunnya ayat al-Quran bagi menyelesaikan masalahnya dan tidak lama kemudian Nabi Muhammad pun memberitahu bahawa Allah telah menurunkan wahyu kepada baginda berhubung masalah Khaulah itu.

Iaitu baginda membacakan surah al-Mujadalah ayat 1 hingga 4 di hadapan Khaulah. “Suruh suami kamu memerdekakan seorang hamba bagi menebus kesalahannya menziharkan kamu itu,” perintah Nabi kepada Khaulah.

“Ya Rasulullah bagaimana mungkin, pada hal suami saya itu tidak mempunyai apa-apa pun,” jawab Khaulah.

“Kalau begitu, suruh suami kamu berpuasa dua bulan berturut-turut,” kata Nabi lagi.

“Bagaimana dia hendak berpuasa Ya Rasulullah sedangkan dia sudah tua dan tidak akan mampu untuk berpuasa apatah lagi secara berturut-turut,” kata Khaulah lagi.

“Bagaimana pula kalau dia memberikan makan kurma kepada 60 orang miskin?” tanya Nabi.

“Demi Allah! Dia tidak mempunyai apa-apa pun Ya Rasullah!,” kata Khaulah.

“Jika demikian, saya akan membantu dengan satu tandan kurma!,” kata Nabi menyatakan hasratnya untuk membantu Khaulah. “Saya pula akan menambahkannya dengan satu tandan yang lain,” kata Khaulah bagi membantu suaminya itu.

“Kamu merupakan seorang wanita yang sangat baik dan bijaksana. Sekarang bawalah setandan kurma dariku ini dan sedekahkan ia dan layanilah suami kamu dengan baik,” puji Nabi terhadap Khaulah.

Begitulah kisahnya seorang wanita yang mengadukan rayuannya kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Allah mendengar rayuannya dari langit yang tujuh lapis dan menurunkan ayat al- Quran untuk memberikan hukum mengenai perbuatan zihar itu.

Ini Baru Betul-Betul HULK

Betul ke ni? Itulah ungkapan pertama dari mulut saya. Saya sendiri tidak tahu..adakah ianya benar atau karut.

Seorang pemuda berbangsa arab. Beliau berasal dari mesir. Membunyai 4 orang isteri dan di kurniakan 35 org anak. Beliau dikatakan, memiliki kegagahan yang luar biasa. Anda lihatlah sendiri video dibawah ini, percaya atau tidak terpulang pada anda:

Cara Menginstall Program Bagi Ubuntu

Assalamu’laikum.

Sudah lama saya tidak update blog. Ini kerana beberapa kesulitan yang tak dapat di elakkan.

Post kali ini saya ingin menyambung projek ubuntu ini. Cara-cara untuk mengintall application yang sepatutnya kedalam ubuntu. Seperti codec untuk video dan macam-mcam lagi.

1. Periksa program-program yang telah sedia ada dalam inventory anda:

24

Sekarang di bawah ini adalah di antara program yang anda perlukan untuk di install kedalam system ubuntu ada. Bagi yang bertanda [x] adalah program yang telah sedia ada dalam ubuntu anda, dan yang bertanda [  ] bermaksud program yang perlu anda install.

Graphics:
[x] The GIMP
[x] F-Spot
[ ] Picasa

Internet:
[x] Firefox
[ ] Opera
[ ] Flash Player
[ ] FileZilla
[ ] Thunderbird
[x] Evolution
[ ] aMule
[x] Transmission BitTorrent Client
[ ] Azureus/Vuze
[x] Pidgin
[ ] Skype
[ ] Google Earth
[ ] Xchat IRC

Office:
[x] OpenOffice Writer
[x] OpenOffice Calc
[ ] Adobe Reader
[ ] GnuCash
[ ] Scribus

Sound & Video:
[ ] Amarok
[ ] Audacity
[ ] Banshee
[ ] MPlayer
[x] Rhythmbox Music Player
[ ] gtkPod
[ ] XMMS
[ ] dvd::rip
[ ] Kino
[ ] Sound Juicer CD Extractor
[ ] VLC Media Player
[ ] Helix Player
[x] Totem
[ ] Xine
[x] Brasero
[ ] K3B
[ ] Multimedia-Codecs

Programming:
[ ] KompoZer
[ ] Bluefish
[ ] Quanta Plus

Other:
[ ] VirtualBox
[ ] TrueType fonts
[ ] Java
[x] Read/Write support for NTFS partitions

2.Configure Additional Repositories

Sesetengah package seperti adobe reader tidak sedia ada bagi standard ubuntu repositories. Jalan yang paling mudah untuk menggunakan progaram-program tersebut adalah dengan cara menambah ke dalam Medibuntu Repository.

Mula-mula sekali, buka terminal (Applications > Accessories > Terminal):

25Kemudian kita edit /etc/apt/sources.list…….

sudo gedit /etc/apt/sources.list

… dan enable the jaunty partner repository:

————————————————————————————————————————-

[...]
## Uncomment the following two lines to add software from Canonical's
## 'partner' repository.
## This software is not part of Ubuntu, but is offered by Canonical and the
## respective vendors as a service to Ubuntu users.
deb http://archive.canonical.com/ubuntu jaunty partner
deb-src http://archive.canonical.com/ubuntu jaunty partner
[...]

———————————————————————————————————————–

Kemudian save file tersebut.

Untuk enable medibuntu repository, ikut arahan seperti di bawah:

import repository: buka terminal kemudia type seperti dibawah ini..

sudo wget http://www.medibuntu.org/sources.list.d/jaunty.list –output-document=/etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list

Import  gpg-key dan update your package-list:

sudo aptitude update && sudo aptitude install medibuntu-keyring && sudo aptitude update

kemudian run :

sudo update-apt-xapian-index

3. Install Software

Untuk install application, buka Synaptic Package Manager (System > Administration > Synaptic Package Manager):

26Taip password anda:

27Dalam synaptic package manager, anda boleh menginstall additional software. Anda boleh menggunakan Quick Search bagi memudahkan anda mencari package. Tanda mana-mana package yang anda mahu install. Seperti gambar di bawah ini :

28

29Di bawah ini saya sertakan di antara package yang anda perlu cari dan tanda. (* adalah wildcard; cth. gstreamer* bermaksud semua packages yang bermula dengan  gstreamer)::

  • amarok
  • flashplugin-nonfree
  • amule
  • audacity
  • azureus
  • banshee
  • bluefish
  • dvdrip
  • filezilla
  • msttcorefonts
  • gnucash
  • gstreamer*
  • gtkpod-aac
  • sun-java6* (except sun-java6-doc)
  • k3b
  • kino
  • mplayer
  • mozilla-mplayer
  • quanta
  • kompozer
  • scribus
  • vlc*
  • xchat-gnome
  • xmms2*
  • sound-juicer
  • helix-player
  • mozilla-helix-player
  • googleearth
  • acroread
  • mozilla-acroread
  • non-free-codecs
  • ubuntu-restricted-extras
  • libdvdcss2
  • xine-ui
  • xine-plugin
  • thunderbird
  • skype
  • virtualbox-ose

Selepas anda tanda package tersebut, klik apply untuk memulakan proses memuat turun:

bersambung ke bahagian 2:

Adakah Anda Pengidap Disleksia?

Adakah anda pengidap disleksia. Cuba-cubala check ye. Seorang kawan saya gelisah apabila dikatakan dia pengidap disleksia. Jadi di bawah ini sedikit sebanyak maklumat tentang disleksia:

Apakah Disleksia

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ciri-Ciri Pengidapnya

  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.