Posts Tagged ‘Bola’

Liverpool Football Club

hehe..

Malunya nk ngaku penyokong berani mati liverpoolFC ni..asyik kalah je. Tapi biasalah, sudah adat  dunia ni, adakalanya naik, adakalanye jatuh, tapi mengharapkan semoga pemain2 liverpool kembali beraksi di tahap prestasi sebenar. Saya ingin ceritakan serba sedikit tentang sejarah liverpoolFC

SEJARAH LIVERPOOL

Liverpool merupakan antara salah sebuah kelab paling bersejarah di eropah dan di England. Liverpool ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.

liverpool fc team

Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.

Bersambung..hehe

Advertisements