Archive for October, 2009

Liverpool Football Club

hehe..

Malunya nk ngaku penyokong berani mati liverpoolFC ni..asyik kalah je. Tapi biasalah, sudah adat  dunia ni, adakalanya naik, adakalanye jatuh, tapi mengharapkan semoga pemain2 liverpool kembali beraksi di tahap prestasi sebenar. Saya ingin ceritakan serba sedikit tentang sejarah liverpoolFC

SEJARAH LIVERPOOL

Liverpool merupakan antara salah sebuah kelab paling bersejarah di eropah dan di England. Liverpool ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.

liverpool fc team

Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool.

Bersambung..hehe

Apakah Ubuntu

Assalamu’laikum

Ape yg saya ingin berkogsi disini adalah tentang OS linux : Ubuntu.

Sekadar untuk kite sama-sama belajar.

GAPO GAK UBUNTU TU…?


Ubuntu adalah operating system yg berasaskan linux.kegunaannya sikit sebanyak menyerupai windows microsoft..jika anda selalu menggunakan windows dlm komputer korang..begitulah juga ubuntu..berfungsi sebagaimana windows berfungsi.

OOO GITU..PASTU APE YG LEBIHNYE UBUNTU NI..

Haa…yg ni nk cite nih..

  1. Ubuntu ni adalah percuma. Tidak seperti windows. Kena beli yangg original baru boleh dapat full update. Kalu setakat guna pirate windows tu, free jugak, tapi system tidak boleh diupdate.

  2. Jika anda sudah bosan dgn kedegilan dan kebanjiran virus komputer nih,atau anda rasa bersalah menggunakan windows versi pirate dan boleh menyebabkan tidak berkat..hahahaha..anda adalah org paling layak bertukar dari windows ke ubuntu.

  3. Ubuntu adalah satu sistem yg membolehkan menggunakan tanpa batasan.aku pun xpaham point no 3 ni..game pun xleh nak main.bagi saya skrg ni ubuntu masih belum support game  kecuali hanya sebahagian kecil game je yg boleh main..itupun bukan secara lansung melalui ubuntu, tetapi mesti menggunakan software lain utk support. Hanya masa yg menentukan. Moga-moga ada solution utk point no 3 ni di masa hadapan..hehe

So kat sini saya letakkan sedikit sebanyak kelebihan ubuntu nih:

  • tidak mempunya virus yg mampu menembusi sistemnye

  • percuma dan bebas

  • senang disesuaikan dengan kehendak pengguna

  • komuniti yang besar

  • efek grafik yang jauh meninggalkan vista dan mac osx

  • kebebasan dalam penggunaan

  • berasaskan sumber terbuka

  • kerap diupdate (6 bulan sekali untuk versi baru)

  • dilengkapi dengan perisian bebas dan hampir 20,000 pakej dalam APT

  • hanya memerlukan 256MB RAM dengan Pentium 3 sebagai kebolehan minima komputer

  • desktop yang fleksible

So.. post yg akan datang saya akan berkogsi cara-cara untuk memasangkan ubuntu ni kedalam komputer ataupun laptop.

Bermula Sebuah Perjalanan Maya

Assalamu’laikum

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi mengurniakan nikmat iman dan islam.

Entah kenapa hari ni mood aku rasa mcm nk start berblog. Sebelum ni dah ada niat. Cuma tidak ghairah sangat. Hari ni betol bernafsu nk berblog.

Tidak dinafikan zaman teknologi maklumat ni, blog adalah sesuatu yang sangat penting untuk menyampaikan maklumat, ataupun sekadar untuk menulis diari maya dan juga sebagai medan dakwah.

Ape pun tenkiu untuk aku sbb xpandai nak kuarkan idea.hehe

Sekian , wassalam