Archive for October, 2009

Apa Yang Saya Lakukan Selepas Menginstall Ubuntu?

Update Ubuntu Database system

Apabila saya selesai menginstall ubuntu ke dalam harddrive, antara perkara-perkara utama yang saya lakukan adalah:

1.) Saya akan memeriksa sistem internet berfungsi dengan baik. Ini kerana untuk menginstall application, anda memerlukan internet  berfungsi untuk tidak membantutkan sebarang proses memasang software dan memuat turun database yang terbaru.

Caranya, saya akan memeriksa ping.

Applications > terminal > dan tulis ping yahoo.com

ataupun saya terus buka firefox dan masuk ke mana-mana web.

2.) Kemudian saya akan pergi ke System > Administration > Software Source >

masukkan password anda,

pada TAB ubuntu software, di bahagian download from > other > pilih select best server.

Kemudian system akan mencari server yang terbaik bagi proses memuat turun data.

3.) Saya akan mengupdate database terkini jika ada, caranya:

System > Update Manager > masukan password jika diminta dan update semua database seperti gambar dibawah ini:

18

Menunjukkan software yang perlu di muat turun.

19

Masukkan pasword anda.

20

Proses muat turun dimulakan, dan ia mungkin mengambil masa yang agak lama, lebih kurang 30 minit hingga 40 minit. Be petient

21

 

22

Proses muat turun selesai, semua database up to date.

23

Apabila selesai, anda sudah bersedia untuk langkah seterusnya;

1) Memuat turun application yang sepatutnya untuk ubuntu.

2.) Mencari driver-driver untuk video graphic card anda, radeon atau nvidia atau sebagainya.

Sampai sini dulu. Post akan datang saya akan berkongsi cara-cara menyelesaikan 2 langkah di atas.

 

Cara-Cara Install Ubuntu BHG-2

Post kali ini adalah sambungan daripada posting yang lepas, cara-cara menginstall ubuntu bhg-1.

Install base System Ubuntu :

Install base system ubuntu sangat mudah, semudah A, B, C, ini kerana ubuntu installer tidaklah meletakkan banyak pilihan untuk dipilih, supaya memberi kemudahan kepada pengguna. Tapi bagi pengguna yang baru mengenali ubuntu, mungkin mengalami sedikit kesukaran.

1.) Selepas reboot komputer, akan keluar arahan untuk memilih bahasa, seperti di bawah :

bhg2-1

2. ) Pilih try ubuntu without any change to your computer untuk mulakan ubuntu live system :

bhg2-2

Kemudian sistem loading dan akan keluar dekstop ubuntu. ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna yang mahu mengenali ubuntu lebih dekat, bagaimana ubuntu beroperasi sebelum pengguna membuat pilihan samaada meneruskan full installation atau tidak.

3.) Double kilik pada install icon di dekstop untuk memulakan proses install ubuntu ke dalam harddrive :

bhg2-3

4.) Kemudian pilih bahasa :

bhg2-4

5.) Pilih zon waktu anda :

bhg2-5

6.) Tukar layout keyboard jika perlu, saya cadangkan guna yang suggestion option :

6

7.) Set up disk partition anda, bahagian ini mungkin menjadi sedikit masalah bagi pengguna baru, termasuklah saya di awal-awal dulu, apabila saya shrunk windows vista partition volume, saya tidak akan format new partition, saya akan memilih ” use the largest continuous free space”.

Dengan kata lain,

1. Bagi anda yang membuat resize partition atau shrink partition, pilih “use the largest continuous free space“.

2. Jika anda yang ingin format, reinstall dan anda pengguna advance,” specify the partition manually ” mungkin pilihan terbaik.

diskpartition4

8.) Pilih username dan password :

bhg2-8

9.) Migrate mana-mana file windows yang anda mahu :

migrate6

10.) Next skrin, memaparkan ringkasan setting ubuntu yang akan di install ke dalam harddrive, seperti dibawah ini :

install7

11.) Kemudian anda boleh memulakan proses install ubuntu ke dalam harddrive anda. Proses ini akan memakan sedikit masa, jadi anda bolehla pergi makan dulu sementara menunggu proses selesai.

bhg2-10

12.) Apabila sempurna, reboot komputer anda :

bhg2-11

Buang CD ubuntu dan tekan enter untuk meneruskan proses reboot komputer :

bhg2-12

13. ) System ubuntu yang baru sudah bersedia untuk digunakan. Masukkan username dan password anda:

bhg2-13

bhg2-14

15. ) Ini adalah dekstop ubuntu yang siap diinstall sepenuhnya.

bhg2-15 Posting akan datang saya akan berkongsi cara-cara menginstall apllication untuk ubuntu.

LiverPool VS Man United

Assalamu’laikum.

Hari ini hari ahad. Merupakan titik tolak pasukan sokongan aku Liverpool Vs Manchester United. 1Musuh tradisi yang berabad lamanya. Dengan berpegang kepada slogan ” you’ll never walk alone” aku mengharapkan liverpool dapat beraksi di tahap prestasi yang sebenar. Setelah berhempas pulas dan prestasi yang membimbangkan, kecederaan pemain utama, owner yang kedekut tahap kambing, menyebabkan Liverpool terus lesu.

2 Kekalahan ke empat berturut-turut, sudah cukup untuk memecahkan rekod buruk yang memalukan sepanjang 20 tahun. Aku sebagai peminat Liverpool menggesa pemain-pemain dapat menumpukan perhatian penuh kepada perlawanan hari ini, jangan menyibukkan diri dengan blog-blog atau politik. Hanya perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan prestasi dan seterusnya mencatat kemenangan bergaya di kandang sendiri.

3 Kedua-dua musuh tradisi ini mempunya misi yang penting pada perlawanan petang ini.  Manchester Uniter semestinya ingin menggunakan peluang ini untuk mereka membalas dendam atas 2 kekalahan musim lepas. Dan bagi liverpool pula, sudah pasti ingin mencatat kemenangan bagi membuka peluang untuk merebut trophi EPL dan sekali gus ingin menutup mulut pengkritik.

Bagi mereka yang bukan supporter ataupun sekadar peminat bola, pastinya mengharap permainan yang berkualiti, profersional, disiplin berpasukan dan semangat setiakawan.

Kepada sesiapa yang ingin menonton pelawanan ini, tetapi tidak ada astro ( di mesia) , atau parabola(di mesir), atau anda malas ke kedai tea a.k.a syai, anda boleh tengok secara live melalui internet, dengan menggunakan beberapa software ini, sopcast, TvU, PPstream, dan yang seumpamanya. Link-link boleh di dapati di http://www.myp2p.eu.

Wassalam.

p/s:  pasukan Terengganu telah berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Malaysia. hehe..pasukan ni aku minat gak ni.

Masjid di Dunia

Di sini saya nak berkongsi di antara masjid-masjid terkenal yang ada di setiap pelosok dunia yang sempat saya jumpa kat internet. Masjid dari sudut bahasa bermaksud “tempat bersujud”. Masjid adalah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf bagi orang islam. Bangunan ini juga merupakan tempat pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah islamiah.

Terdapat 3 buah masjid utama yang dimuliakan oleh umat islam :

1. Masjidil Haram, di Makkah – tempat kaabah, kiblat solat umat islam

1

2. Masjid Nabawi, di Madinnah

2

3. Masjidil Al-Aqsa, di Al-Quds, Palestin

3

dan masjid-masjid lain lagi yang menjadi lambang penyatuan umat islam.

44.) Ini masjid Sultan Ahmad atau dikenali juga Masjid Biru di Istanbul. Kenapa terkenal dengan masjid biru ya? Sebabnye kubahnya yang biru.

65.) Cuba teka.? mesti xtau kan..xpe saya jawab. Ini adalah Hagia Sophia a.k.a Aya Sophia. Pernah menjadi gereja pada satu ketika, menjadi masjid, dan kini menjadi muzium.

76.) Ini adalah Qubbah As Sakhrah / Dome of the rock, di jerusalem, palastin.

87.) Ini Masjid Al Askari di Samarra, Iraq. Merupakan masjid syiah yang dibangunkan pada tahun 944M. Sayangnya masjid ini hancur pada februari 2006 akibat secara tidak lansung pencerobohan Amerika dan sekutu ke atas Iraq

98.) Masjid Suneri, Lahore, Pakistan. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bikhari Khan, anak wakil Gabenor Lahore pada tahun 1753M

109.) Masjid Sultan Singapura. Merupakan masjid kedua tertua di Singapura dan dikategorikan national heritage.

1110.) Masjid Agung Djene, Afrika Barat. Mulanya dibangun sepenuhnya dengan bahan ‘Frey’ ataupun bata dari bahan tanah yang dikeringkan dengan matahari dan diplaster dengan tanah lumpur.

Bersambung….hehe..

Kelebihan Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang terakhir yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran di turunkan untuk mengajar dan mengajak manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Di dalam al-quran di paparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dalam semua bidang kehidupan.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud ” Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya, dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku adalah Al-Quran yang mulia”.

Sukanya di sini untuk saya berkongsi kelebihan membaca kitab suci ini semoga sama-sama menjadi pedoman khusunya untuk diri saya yang dhoif ini.

Kelebihan Membaca Al-Quran

1.) Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah akan diberi kelebihan yang tinggi semasa hidup di dunia dan juga apabila di akhirat kelak. Di samping itu, Allah s.w.t mengurniakan kelebihan melimpah ruah kepada kedua ibu bapanya.Hadith dari Rasulullah yang berbunyi “ Sesiapa yang membaca al-quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi sinaran cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini”. Dan bayangkanlah pula kelebihan yang dikurniakan kepada si pembaca. Pastinya lebih besar lagi.

2.) Al-Quran juga dapat memberi syafaat ( pertolongan ) yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t. di hari kiamat. Ini berpandukan kepada salah satu hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud : ” Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan nabi dan bukan malaikat dan sebagainya “.

Dan dari hadith yang lain daripada Othman bin Affan dari Rasulluah s.a.w yg berbunyi : ” Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain “.

Kerugian Orang Yang Tidak Membaca Al-Quran

Dalam hadith Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut perihal kerugian orang yang tidak lansung membaca Al-Quran semasa hayatnya di dunia dan rongga mulutnya kosong dari ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang kosong dari penghuni.

Dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud ” Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya  sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang di tinggalkan kosong“.

Daripada info yang secubit ini, moga-moga dapat sama-sama kita mengambil pengajaran dan pedoman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Sama-sama kita doakan semoga menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.



CARA UNTUK SHRINK HARDDRIVE WINDOWS VISTA

Assalamu’laikum.

Post kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara untuk resize dan shrink harddrive windows vista sebelum saya sambung ke bahagian cara-cara install ubuntu bhg-2. Ini kerana tajuk kali ini sangat penting untuk mendapat space yang sepatutnya bagi menyambung dan melancarkan proses install ubuntu ke step yang seterusnya.

CARA RESIZE WINDOWS VISTA PARTITION

Tidak dapat dinafikan, untuk resize windows vista partition tidak semudah yg difikirkan. Jadi, ketika saya mula-mula untuk menginstall ubuntu, saya mengalami masalah yang sama dan menyebabkan saya terpaksa belajar. Sukanya untuk saya berkongsi setiap yang saya alami dengan kawan yang berminat. Saya tidak akan menulis ape yang saya tak tahu, sehingga saya mencuba terlebih dahulu.

Cara-Cara Untuk Menshrinkkan Windows Vista Partition

1.) Disable hibernation

Untuk disable hibernation, buka satu command prompt sebagai administrator dan masukkan key berikut :

powercfg -h off

cmd-hibernate-off

Sebelum tu, pastikan anda membuka command prompt as administrator. Caranya right klik atas command prompt, dan pilih open as administrator. Ada lagi cara-cara yang lain, tapi saya rasa cara ini yang paling mudah.

2.) Disable system restore

Right klik atas My Computer icon dan klik Properties. Klik System Protection tab  dan uncheck drive yang anda mahu untuk disable  hibernation, dan confirm pilihan anda.

systemprotection-restore-off

3.) Disable the pagefile

Caranya, masih lagi pada system properties dialogue,pergi ke adavance TAB dan klik pada Performance button. Pada page advance, ada bahagian virtual memory, pilik change dan pilh No Paging File, seperti gamabr di bawah ini.

pagingfile-disable

4.) Disable the kernel memory dump

Sekali lagi, kembali ke Advanced System Settings dialogue dan pergi ke advanced TAB dan klik setting button pada bahagian Startup and Recovery. Bawah  System Failure, tukar the drop-down menu kepada none.

disable-kernel-memory-dump

5.) Clean Your Disk

Kemudian, run the disk clean up wizard dan pastikan delete all of your previous restore points and hibernation files.

restore-point

6.) Download dan install the 30 hari trial Perfect Disk 10 Profersional

Software ini saya gunakan untuk menyempurnakan proses defragmentation dan dapat siapkan dengan berjaya. Walaupun banyak lagi software lain yang advance untuk proses defragment dan partition tool, tapi saya tidak dapat menrekomenkan sehinggalah saya terlebih dahulu guna. Seperti yang saya bagi sebelum ini, saya hanya akan tulis apa yang saya tahu dan penah cuba. Anda boleh mendonwload perfectdisk 10 di  free trial for the professional version.

7.) Mulakan defragment proses

Pada page perfectdisk 10, pilih partition mana nak di defragment dan run a SMARTPlacement defragmentation. Kemuadian anda boleh mulakan proses defragment by “START” – proses defragment akan memakan sedikit masa, so bersabarla..hehe..

smartplacement-defrag-500x358

8.) Sudah hampir siap

Akhir sekali lakukan consolidate free space defrag. Ini akan melanjutkan maximum free space anda dan seteruskan menyempurnakan proses defragment tadi.

consolidate-free-space

Apabila semua proses tadi telah siap, anda akan dapati result sedikit sebanyak seperti di bawah ini:

finished

9.) Shrink your volume

Sekarang anda sudah pun bersedia untuk proses terakhir, iaitu shrink your volume, so klik “manage” selepas right klik pada icon my computer:

manage1

10.) Manage your harddisk

Pada computer management dialogue, double klik pada “Disk Management” dan right klik pada mana2 disk yang nak dishrinkkan, sebagai contohnya shrink drive C: dan mulakan proses shrinking. Apabila sudah siap, anda akan dapati, unallocated space seperti dibawah ini :

final

Akhirnya semua sudah siap, perlu diingatkan di sini, anda mesti menukar kembali setting yang anda tukar di awal proses tadi. So, selamat berjaya..

CARA-CARA MENGINSTALL UBUNTU -BHG1

CARA-CARA  MENGINSTALL UBUNTU

Cara untuk install ubuntu ke dalam komputer mempunya beberapa cara:how-to-install-ubuntu

1-Install melalui CD – kebiasaan yg digunakan oleh kebanyakan orang.

2-Install melalui wubi

3-Install melaui EXT3 partition

4-Install melalui USB

Sebenarnya cara untuk install ubuntu banyak terdapat dalam internet. Terlalu banyak guide-guide yang sangat berguna dalam internet itu. Jika anda google “ how to install ubuntu”, anda akan dapati apa yang saya maksudkan ini.

Untuk pengguna yang beginner ubuntu atau yg ingin mencuba kelainan yang ada pada ubuntu kerana sifat ingin tahu, disana tidak mempunyai, sumber informasi yangg ringkas atau yang mencari cara-cara untuk install ubuntu utk kali yangg pertama. Satu perkara yang saya perhatikan adalah disana terdapat banyak technical jargon dan kadang-kadang arahan terminal yang tidak terlalu mustahak di dalam kebanyakan forum, tetapi tidak ada simple guide, yang mana bagi saya mugkin menimbulkan hilang mood atau putus asa. Sangat memalukan bila anda mendapati sesungguhnya utk menginstall ini terlalu mudah, senang digunakan n tweaking yg sgt kool. Hehe.

gambor1Melalui pengalaman, saya yang mengenali ubuntu dari zero ini, memang terlalu sukar, tidak ada satu guide pun dalam bahasa melayu yangg mampu utk membawa saya ke arah pemahaman yg asas tentang ubuntu ini. So setelah beberapa lama saya bertungkus lumus untuk memahami, akhirnya saya faham secara asas perjalanan ubuntu ini, kelainan berbanding windows, cara-cara format, menginstall application, dan lain-lain lagi.

Jadi post saya ini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman yg saya lalui dan seturusnya menolong kepada mana-mana indivudu yang ingin tahu, mencuba kelainan yang terdapat di dalam ubuntu. Andai ada otai-otai yang terbaca post ini dan ada kesalahan atau kekurangan diharapkan dapat memberi tunjuk ajar yang membina.

Cara menginstall ubuntu melalui CD/DVD

saya hanya menceritakan apa yang saya lalui. Post kali ini akan membawa anda cara-cara untuk menginstall ubuntu utk pertama kali, atau yang ingin mencuba ubuntu tanpa merosakkan atau membuang (remove) windows yg sedia ada melaui CD atau DVD.

1.) Download ubuntu ISO dari laman web ni http://www.ubuntu.com/getubuntu/download dan save ke dalam komputer anda.

2.) Burn ISO image itu ke dalam CD kosong dengan menggunakan Roxio CD creator ataupun burner yg lain, yg anda biasa guna. Tunggu sehingga siap.

gambar3

3.) Run CD yg sudah di burn itu melalui my computer anda- CD itu semestinya akan bertanya permission utk menjalankan proses seterusnya seperti gambar di bawah ini.
gambar4

4.) Kemudian pilih DEMO AND FULL INSTALLATION dan reboot. Sangat berguna disini utk saya tegaskan bahawa anda akan menginstall ubuntu dalam partition yg berasingan dengan windows( xp / vista / windows 7 ). Ini bermaksud anda memerlukan space yg cukup dalam harddrive komputer anda dan seterusnya memudahkan menginstall ubuntu ini. Kheir Thomas telah mendapati bahawa space yg kurang dari 4giga akan menyebabkan berlaku crash ketika proses installation.

Anda boleh merujuk di sini bagi tujuan resize dan shrink windows vista partition.

bersambung CARA-CARA MENGINSTALL UBUNTU BHG -2…..

Di manakah kita ?

Boikot merupakan pemulauan orang ramai terhadap sesuatu perkara.Contohnya,pada masa kini,ramai masyarakat dunia memboikot barangan yahudi kerana Israel(yahudi) telah melancarkan serangan diatas bumi Palestin(Gaza).Tetapi,sampai bila penyelesaian boikot ini akan berakhir?

boykotBoikot merupakan penyelesaian yang daif untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di bumi Palestin(Gaza).Kenapa penyelesaian boikot ini dikatakan daif?kedaifan penyelesaian ini adalah kerana,tidak seorang individu pun yang memboikot barangan yahudi secara 100%.Mengikut kajian dan soal selidik,ada sesetengah individu yang memboikot mengikut musim dan ada juga yang memboikot secara tidak menyeluruh.

Seterusnya,apabila seseorang individu tersebut memboikot barangan yahudi mengikut musim,keganasan di Palestin(Gaza) akan berlaku semula.Maksud memboikot mengikut musim disini,jika keganasan tidak berlaku di bumi Palestin(Gaza) pada hari ini,berkemungkinan individu yang memboikot barangan yahudi mengikut musim tersebut akan membeli barangan yahudi juga.

Selain itu,memboikot secara tidak menyeluruh juga merupakan penyelesaian yang begitu daif.Kenapa memboikot secara tidak menyeluruh merupakan penyelesaian yang begitu daif?kedaifan penyelesaian ini adalah kerana,mengikut kajian,tidak ada seorang pun yang memboikot secara menyeluruh.Mengikut kajian juga,jika satu orang memboikot sebanyak 50% yakni tidak menyeluruh,50% lagi akan disalurkan kepada bantuan tentera Israel(yahudi).

boikot israelSecara kesimpulannya,jelaslah bahawa jihad merupakan penyelesaian yang tepat untuk menyelesaikan masalah di bumi Palestin(Gaza).Dan,ape yang penting,pelancaran jihad adalah wajib bagi sesebuah negara,bukan daripada persatuan,parti politik,ahli korperat dan lain-lain.Seterusnya,hanya negara khilafah sahajalah yang dapat menyelesaikan masalah ini.

Sama-sama kite fikirkan..

Apa nak jadi neh!!! -pelik-pelik-

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak dapat menahan nafsu lalu bertindak kurang sopan dengan mencium isteri orang, seorang jurujual terpaksa membayar harga yang mahal apabila diperas ugut suami wanita itu supaya membayar wang `tebus dosa’ sebanyak RM3,600.

Mangsa yang berusia 30-an dipaksa membayar wang berkenaan selepas suami wanita itu naik angin dengan tindakan mangsa menyentuh isterinya.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yee. dikatakan menemui wanita terbabit yang juga bekas kekasihnya di rumah wanita berkenaan di Sentul, di sini.

Difahamkan, mangsa dan wanita terbabit sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta sebelum berpisah kira-kira enam tahun lalu.

Akibat gembira dan teruja sebaik bertemu semula dengan bekas kekasih lamanya itu, Yee didakwa mencium wanita itu dengan penuh perasaan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, berkata mangsa langsung tidak mengetahui status bekas teman wanitanya itu yang sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Menurutnya, bala mula menimpa tiga hari kemudian apabila seorang lelaki tiba-tiba menghubungi Yee dan menyatakan rasa marahnya kerana mendakwa mangsa mencium isterinya.

“Yee dikatakan ragu-ragu dengan kenyataan lelaki terbabit sambil bertanya sama ada suspek mempunyai bukti menunjukkan dia mencium wanita berkenaan.

Suspek kemudian memberitahu mempunyai rakaman kejadian itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mangsa ‘mencabul’ isterinya dengan menganggap perbuatan itu sebagai biadab dan boleh didakwa di mahkamah.

“Mangsa cuba mempertahannya diri dengan mendakwa tidak mengetahui status bekas teman wanitanya itu sambil memberitahu tindakannya turut mendapat tindak balas positif daripada wanita berkenaan,” katanya. – Sumber

Apa kes ni Hang Tuah !!

Sekadar melayan perasaan dikala kegusaran.Ada patut hang tuah cakap utara. Selamat menonton. Hehe